Friday, September 13, 2013

Salam Jumaat


Assalamualaikum dan Salam Jumaat..
Alhamdulillah,bertemu lagi dengan Jumaat yang barokah..
setiap hari merupakan hari baru buat kita untuk memperbaiki diri serta melaksanakan amanah yang telah kita persetujui sejak kita di alam ROH lagi..ingat ke tidak?

ceewaah..mukadimah dia..ala ustazah gitu..hiks..
sebenaqnya..inilah aku..
kadang aku rasa mcm ada split personality pun ada juga..
sebab kadang tu nakal Nauzubillah..
kadang tu emosi kalah crita hindustan..ahaks..
kalau siapa kenal aku..sure dia kenal la perangai aku yang memang "unpredictable" bak kata Indra.
eh..sapa pulak Indra kan?(rahsia)

baiklah..kenapa orang kata Jumaat ni Penghulu segala hari?
memandangkan aku malas menaip..aku google sket gambaq untuk tatapan kita:


Pada hari Jumaat kita dianjurkan untuk banyak berdoa dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita,iaitu Nabi Muhammad S.A.W..
tak susah pun nak berselawat kan?

dan

doa aku untuk kita semua pada hari ini:


Ameen..Ameen Ya Robbal Alameen..
mudahan termakbul semua impian dan harapan kita.



Buat sahabat yang diuji dengan perpisahan,kepapaan,kekacauan dan sebagainya..
aku doakan semoga Allah mengurniakan kalian ketabahan,ketenangan,kemudahan dan pertolongan.
Yakinlah setiap dugaan dan cabaran itu datang bersama hikmah dan kasih sayang Allah..
"Apa barang nak dapat yang best tapi tak mau ditest"
kata sifoo aku merangkap kaunselor aku.
berbahagialah bila diuji kerana dipenghujungnya ada hadiah menanti..

akhir kata dari aku..
hargai setiap hela nafas dan degup jantung yang masih diberikan..
kerana anugerah itu lah kita masih ada peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri.
pesanan dari ayahbonda aku:
kerana Allah kita hidup,makanya buatlah segalanya kerana Allah sahaja..

sekian dari aku..comey tak ayahbonda aku?


loving both of you is food of my soul.
terima kasih atas semua tunjuk ajar dan segala yang dicurahkan kepadaku..

`CikPuanSyafaf`

No comments:

Post a Comment