Monday, June 25, 2012

Life Coaching Klinik Sukses..:Promote sikit..;)

Assalamualaikum dan Salam sejantera.
semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Ilahi.
hari ini..aku nak promote sikit apa yang best aku lalui sabtu lepas..

apa yang aku lalui sabtu lepas adalah kembara ilmu yang sangat superb..
MasyaAllah..Maha Suci Allah..
Syukur tak terhingga kerana Allah telah mempertemukan aku dengan insan hebat ini..


siapakah beliau??jeng..jeng..jeng..
ini adalah MENTOR aku..namanya NORANIZA ANWAR..
aku panggil Kak Aniz je..sweet orangnya..
beliau adalah seorang kaunselor..
kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah melawat facebook beliau.

apa yang aku nak promote ni?dok promote orang pulak kan?
he..he..he..maafkan saya..
baiklah..sabtu lepas yang indah dan damai itu dipenuhi dengan seminar
"LIFE COACHING KLINIK SUCCESS"

aku sangat mengesyorkan pada sahabat yang punya masalah yang dah lama disimpan untuk MENGHADIRKAN diri ke klinik ini..
ni bukan sebarang klinik tau..bukan klinik motivasi sahaja..
kerana dalam klinik ini menekankan isu berkaitan:
ILLNESS, WELLNESS dan SUCCESS..
sebelum success kita kena la rawat diri..
dalaman serta luaran..
antara yang dikongsi bersama kami adalah:
*rahsia garis masa hidup
*rahsia teknik EFT
*rahsia TAHAJJUD
*rahsia ISTIKARAH
*rahsia SOLAT TAUBAT..
uish..banyak lah lagi rahsia nya..
kalau nak tau..syaratnya mudah..
KENA HADIRKAN DIRI..
hubungi Puan Aniz di FB dan WEBSITE beliau..
insya'allah kalian akan jumpa keindahan disebalik perkongsian dari beliau..

sini aku share sikit la gambar-gambar semasa klinik tersebut..

ni sesi pengukuran aura sebelom sesi EFT berjalan..kuncup saja aura aku..ni la tanda banyak pendaman perasaan telah terjadi

 ni pula selepas sesi EFT..kalau kembang maknanya bagus..lagi kembang lagi bagus..

ini adalah tapping point yang pertama.. 

 semasa sesi berlangsung..indahnya penerokaan ini..hanya Allah yang Maha Mengetahui..



ini lah antara sahabat dan kenalan yang sama-sama meneroka keindahan LIFE COACHING bersama insan hebat itu..

"semoga kita terus SUKSES dan dapat mebantu insan lain menjadi lebih SUKSES.."
semoga JIHAD kita diberkati dan diredhai Allah..

~syupap~



Thursday, June 21, 2012

=.="

hari yang paling blurr buat aku adalah hari ini..
mungkin seni bukan untuk jiwa aku..
nak edit gambar untuk page aku pun aku give up..
sapa boleh tolong aku!!

hari ini juga aku berhenti masa lampu hijau..
bagi signal di tempat yang tak ada simpang..
nak menulis pun asyik silap taip..

apa dah jadi??

~syupap~

Friday, June 15, 2012

Fikirkan Sejenak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Diharap agar semuanya baik-baik sahaja.

"Angah,berapa lama angah kenal ***?lebih lama dari kenal mak dan ayah kah?sampaikan angah lebih dengar apa yang *** nasihat dari mak dan ayah?"(kata bonda pada aku Disember 2010)

hah..agaknya apa isunya kan?sampai macam tu?
saat mak aku tanya soalan tu,terasa bergegar otak dan terasa terlucut seketika jantung aku..kronik atau tak..nilaikan sendiri..
tapi dalam entry ini..bukan kisah aku yang akan aku perkatakan..cuma kesimpulan dari apa yang mak aku cakap.sebabnya,tak guna aku buka kisah lama disebalik ayat itu..

sampai ke hari ini,ayat ini lah yang akan aku ulang andai ada orang bertanya aku pendapat mengenai hal cintan cintun..kenapa ya?hal ini kerana kisahnya memang dari bab cinta..pengajaran yang aku dapat..memang menggegarkan emosi aku.namun aku tak mengalah dan tak kan kalah.

dewasa ini..(ceewaahh..ayat..tak boleh blah..)aku tengok banyak sangat masalah berkaitan cinta berlegar disekeliling aku..ada yang baru menemui cinta dan ditinggalkan cinta..ada yang masih mencari cinta,ada yang tak pasti dengan cinta.cinta bukanlah benda yang tak elok..tapi jadi tidak elok bila demi cinta kau abaikan semuanya..

janganlah sampai kerana cinta kita kepada pasangan buat kita lupa tanggungjawab kita sebagai anak..jangan sampai kita rasa dunia ni dah berakhir sedangkan emak dan ayah masih ada..macam ayat mak aku bagi pada aku tu lah.fikirkan,hebat sangat kah si dia sehingga kau tak sanggup hidup walau sehari tanpa dia sedangkan kau boleh hidup berhari-hari tanpa ayah dan bonda..kau juga mampu tak fikir tentang ayah dan bonda tetapi kau tak mampu untuk tidak fikir tentang si dia walau sehari..

aku juga pernah jadi begitu suatu masa dulu..tapi selepas mak aku menggegarkan otak aku,baru aku sedar..aku boleh kenal dan jumpa dan cintakan 1000 lelaki sekalipun..namun tiada siapa antara mereka yang mampu menggantikan jasa dan pengorbanan serta tanggungjawab ayah dan bonda yang ada seorang saja di dunia ni.

setiap hari aku berharap yang tiada siapa akan ulang silap aku..namun aku lihat,makin ramai yang lupa siapa ayah dan bonda saat mereka bertemu cinta..jangan lah bila si dia cakap:
terus kalian lupa rumput yang kalian pijak selama ini..sedarlah kalian,andai si dia tak mengotakan janji atau jodoh kalian pendek, ayah dan bonda lah tempat kalian pulang..fikirkan lah apa yg aku cakap.kerana,aku bercakap berdasarkan apa yang aku dah lalui..



aku mohon agar sahabat-sahabat aku serta kenalan aku agar renung kembali apa yang aku tulis..fikirkanlah,dimana kita jika tiada ayah dan bonda yang Allah telah pinjamkan kepada kita..belajarlah menghargai apa yang kita ada sebelom kita kehilangan semuanya..
cinta datang dan pergi..tapi ayah dan bonda hanyalah seorang dan tiada ganti..

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,kau kasihanilah ayah dan bonda kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil sehingga kini..Amin ya rabbal alamin.."

*hanya kerana ayat yang mak bagi aku tu,sampai ke hari ini aku belum ada calon menantu untuk mak aku..sebab aku takut andai aku ulang silap yang sama.aku cuma berdoa agar suatu hari nanti aku akan jumpa insan yang dapat membimbing aku menjadi anak,isteri,ibu serta khalifah yang terbaik dan diredhai Allah..amin..;)

salam sayang
~syupap~



Tuesday, June 5, 2012

Menjelang 100hari tanpa beliau..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
pejam celik..pejam celik..pejam lagi dan celik lagi..
rupanya sudah hampir 100 hari beliau meninggalkan aku..
masih terasa baru dan terasa seakan tak percaya..
seperti masih dapat melihat beliau duduk di kerusi rotan beliau..
sambil memandang ke luar rumah melalui pintu yang sentiasa dibuka..
seperti aku masih dapat melihat beliau berjalan terbongkok-bongkok..
masih terdengar seretan kaki beliau diatas lantai papan rumah..
masih terdengar suara beliau bertanya itu dan ini..begitu dan begini..

terasa rindu mendengar gelak tawa beliau..
terasa rindu mendengar celoteh beliau yang kadangkala diulang berkali-kali..
rindukan bebelan beliau mengenai anak-anak serta jiran tetangga..
rindu melihat beliau makan ketam dengan penuh selera..mengutip udang untuk diratah..
sesungguhnya aku rindu segalanya berkaitan dengan beliau..

kehidupan selepas ketiadaan beliau terasa amat sukar dan berat..
banyak perkara yang berubah..mungkin kerana impak yang besar itu..
atau mungkin masing-masing masih punya rasa ralat dan sedih..
hilanglah tunggak keluarga yang menyatukan semua..

Ramadhan yang kian hampir makin buat jiwa aku pedih dan rindu..
tiada lagi orang yang akan bertanya mahu makan apa untuk berbuka da bersahur.
tiada lagi orang yang akan kejutkan kami sambil menghempas pintu bilik (sbb kalut)
tiada lagi orang yang akan kalut cari radio untuk dengar azan..
tiada lagi orang yang akan tolong kami sibuk buat kueh raya..

Syawal nanti mungkin akan berubah wajahnya..
kehilangan pasangan beliau 10tahun dulu juga sudah merubah wajah Syawal kami..
inikan pula bila kehilangan beliau..tiada lah tempat untuk kami bergurau senda..

Toki,
walaupun toki dah tak ada,sy tetap sayang toki..
orang tetap rindu toki..
pertemuan terakhir kita mungkin terlalu singkat..
namun sy akan tetap akan sematkan sebagai kenangan yang terindah..
sebabnya toki makan semua makana yang sy bagi..
sy masih ingt senyuman toki pada hari terakhir kita jumpa..
sy baring sebelah toki..bersembang..bergurau senda..

Toki,
Semoga toki gembira dan senang berada disisi penciptaMu..
semoga kita akan bertemu suatu hari nanti..
sayang selalu..
Al-Fatihah..

gambar terakhir dihari terakhir kita bertemu saat dirimu masih bernyawa..
ku simpan dan ku semat dalam ingatan dan hatiku..
Al-Fatihah..

~syupap~


Monday, June 4, 2012

Underestimate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
semoga kita semua sehat hendakNya..

Underestimate..
hurm..