Thursday, March 28, 2013

Al-kisah gigi yang tiada kesudahan..(RCT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
lama betoi aku dilanda kemalasan kali ni..hik..hik..sebenarnya BANYAK sangat nak cerita..tapi apa kan daya...virus M mengatasi segalanya..ceeewaah..

ada sesiapa penah menerima rawatan "ROOT CANAL TREATMENT" tak?
aku yakin ada sebilangan kecil yang pernah melaluinya..termasuk yang menaip ini..wuhai..
Root Canal Treatment atau ringkasnya RCT adalah rawatan untuk menyelamatkan gigi yang masih elok daripada dicabut..dan perlu dibuat apabila saraf ada infection..mcm tu la yg aku faham..normally kita rasa sakit gigi tapi gig bukan goyang tanda patut dibuang..<-ni apa yg aku faham ye..sbb aku bukan doktor yg boleh explain dari sudut saintifik..hiks..

perjalanan aku menjalani rawatan ini sangatlah panjang dan memeritkan.. apa pun layan kejap gambar yang aku dapat ehsan dari pakcik "google".
yang ni mungkin gigi taring kot..ntah..dulu masa kelas sains asyik main kan..hahaha..tapi yg pic tengah tu..memang ngeri..ada satu jarum siap mcm ada gerudi akan dicucuk dan ditarik berulang kali kedalam gigi (saraf mungkin)..time tu la sakit yang amat sangat...


yang ni pastinya gigi geraham..dan ini yang aku jalani...

SAKIT KE WEY??
ohoi...klau nak digambarkan dgn perkataan..tiada perkataan yang sesuai..sbb tu org kata sakit gigi tu AZAB KECIK..
tapi kecik pun..boleh tahan le azab..aku kena nganga mulut sejam..dan dari hujung tahun 2011 hingga sekarang aku masih dalam rawatan..
walaupun sakit..tapi Doktor yg merawat aku sangatlah lemah lembut dan rasa sakit tu hilang disebabkan kelembutan dia..boleh?nama doktor tu Doktor Fauziah anak kepada Ustaz Ahmad (Ustaz ayahbonda aku)

menurut Dr Fauziah,pada kebiasaannya pesakit hanya perlu datang untuk rawatan hanya 3kali..tapi kes aku sangat pelik..setahun lebih dok ulang alik untuk rawatan dan gigi tersebut masih sakit..Allah sedang bagi aku pengajaran dan pembelajaran..hiks..

nak dijadikan cerita........last treatment baru ni doktor lain yg gantikan Dr Fauziah menggodek gigi aku..suara dah ayu..sekali ganas dah...sakit giler..
oh ya...lupa plak aku nak cerita apa yang dibuat dalam rawatan ni..
aku rasa maybe next entry lah kot..hiks..hiks..

sekarang masa aku tgh taip ni..gigi aku baru je hilang rasa sakit sejak aku tukar ubat gigi..mungkin ianya kebetulan..tapi serius cakap..sebelum ni..nak gigit makanan langsung tak boleh..rasa sakit sampai ke otak..rasa mcm bergoncang otak..dapat bayangkan tak?

moralnya kat sini..jagalah kesihatan gigi anda sebaiknya..sbb sakit gigi tu memang azab wey..rasanya klau masa sakit tu orang cari pasal..sure kena tumbuk sebijik..ni kalau aku la...al-maklumlah...kepanasan kebaranan...huhuhu..
sedang cuba untuk kurangkan..doakan aku jadi insan yang lebih insan ye?

baiklah..setakat ni saja dulu..sebab Tuan Besar sudah panggil..
salam sayang pelok cium..(gedixs)
~CikPuanSyafaf~

Friday, March 22, 2013

::M.A.L.A.S::

aku dilanda penyakit MALAS..
malas nak menulis sampai berhabuk blog aku..
lagipun tahun ni macam busy terlebih..