Tuesday, June 5, 2012

Menjelang 100hari tanpa beliau..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
pejam celik..pejam celik..pejam lagi dan celik lagi..
rupanya sudah hampir 100 hari beliau meninggalkan aku..
masih terasa baru dan terasa seakan tak percaya..
seperti masih dapat melihat beliau duduk di kerusi rotan beliau..
sambil memandang ke luar rumah melalui pintu yang sentiasa dibuka..
seperti aku masih dapat melihat beliau berjalan terbongkok-bongkok..
masih terdengar seretan kaki beliau diatas lantai papan rumah..
masih terdengar suara beliau bertanya itu dan ini..begitu dan begini..

terasa rindu mendengar gelak tawa beliau..
terasa rindu mendengar celoteh beliau yang kadangkala diulang berkali-kali..
rindukan bebelan beliau mengenai anak-anak serta jiran tetangga..
rindu melihat beliau makan ketam dengan penuh selera..mengutip udang untuk diratah..
sesungguhnya aku rindu segalanya berkaitan dengan beliau..

kehidupan selepas ketiadaan beliau terasa amat sukar dan berat..
banyak perkara yang berubah..mungkin kerana impak yang besar itu..
atau mungkin masing-masing masih punya rasa ralat dan sedih..
hilanglah tunggak keluarga yang menyatukan semua..

Ramadhan yang kian hampir makin buat jiwa aku pedih dan rindu..
tiada lagi orang yang akan bertanya mahu makan apa untuk berbuka da bersahur.
tiada lagi orang yang akan kejutkan kami sambil menghempas pintu bilik (sbb kalut)
tiada lagi orang yang akan kalut cari radio untuk dengar azan..
tiada lagi orang yang akan tolong kami sibuk buat kueh raya..

Syawal nanti mungkin akan berubah wajahnya..
kehilangan pasangan beliau 10tahun dulu juga sudah merubah wajah Syawal kami..
inikan pula bila kehilangan beliau..tiada lah tempat untuk kami bergurau senda..

Toki,
walaupun toki dah tak ada,sy tetap sayang toki..
orang tetap rindu toki..
pertemuan terakhir kita mungkin terlalu singkat..
namun sy akan tetap akan sematkan sebagai kenangan yang terindah..
sebabnya toki makan semua makana yang sy bagi..
sy masih ingt senyuman toki pada hari terakhir kita jumpa..
sy baring sebelah toki..bersembang..bergurau senda..

Toki,
Semoga toki gembira dan senang berada disisi penciptaMu..
semoga kita akan bertemu suatu hari nanti..
sayang selalu..
Al-Fatihah..

gambar terakhir dihari terakhir kita bertemu saat dirimu masih bernyawa..
ku simpan dan ku semat dalam ingatan dan hatiku..
Al-Fatihah..

~syupap~


No comments:

Post a Comment