Friday, June 15, 2012

Fikirkan Sejenak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Diharap agar semuanya baik-baik sahaja.

"Angah,berapa lama angah kenal ***?lebih lama dari kenal mak dan ayah kah?sampaikan angah lebih dengar apa yang *** nasihat dari mak dan ayah?"(kata bonda pada aku Disember 2010)

hah..agaknya apa isunya kan?sampai macam tu?
saat mak aku tanya soalan tu,terasa bergegar otak dan terasa terlucut seketika jantung aku..kronik atau tak..nilaikan sendiri..
tapi dalam entry ini..bukan kisah aku yang akan aku perkatakan..cuma kesimpulan dari apa yang mak aku cakap.sebabnya,tak guna aku buka kisah lama disebalik ayat itu..

sampai ke hari ini,ayat ini lah yang akan aku ulang andai ada orang bertanya aku pendapat mengenai hal cintan cintun..kenapa ya?hal ini kerana kisahnya memang dari bab cinta..pengajaran yang aku dapat..memang menggegarkan emosi aku.namun aku tak mengalah dan tak kan kalah.

dewasa ini..(ceewaahh..ayat..tak boleh blah..)aku tengok banyak sangat masalah berkaitan cinta berlegar disekeliling aku..ada yang baru menemui cinta dan ditinggalkan cinta..ada yang masih mencari cinta,ada yang tak pasti dengan cinta.cinta bukanlah benda yang tak elok..tapi jadi tidak elok bila demi cinta kau abaikan semuanya..

janganlah sampai kerana cinta kita kepada pasangan buat kita lupa tanggungjawab kita sebagai anak..jangan sampai kita rasa dunia ni dah berakhir sedangkan emak dan ayah masih ada..macam ayat mak aku bagi pada aku tu lah.fikirkan,hebat sangat kah si dia sehingga kau tak sanggup hidup walau sehari tanpa dia sedangkan kau boleh hidup berhari-hari tanpa ayah dan bonda..kau juga mampu tak fikir tentang ayah dan bonda tetapi kau tak mampu untuk tidak fikir tentang si dia walau sehari..

aku juga pernah jadi begitu suatu masa dulu..tapi selepas mak aku menggegarkan otak aku,baru aku sedar..aku boleh kenal dan jumpa dan cintakan 1000 lelaki sekalipun..namun tiada siapa antara mereka yang mampu menggantikan jasa dan pengorbanan serta tanggungjawab ayah dan bonda yang ada seorang saja di dunia ni.

setiap hari aku berharap yang tiada siapa akan ulang silap aku..namun aku lihat,makin ramai yang lupa siapa ayah dan bonda saat mereka bertemu cinta..jangan lah bila si dia cakap:
terus kalian lupa rumput yang kalian pijak selama ini..sedarlah kalian,andai si dia tak mengotakan janji atau jodoh kalian pendek, ayah dan bonda lah tempat kalian pulang..fikirkan lah apa yg aku cakap.kerana,aku bercakap berdasarkan apa yang aku dah lalui..



aku mohon agar sahabat-sahabat aku serta kenalan aku agar renung kembali apa yang aku tulis..fikirkanlah,dimana kita jika tiada ayah dan bonda yang Allah telah pinjamkan kepada kita..belajarlah menghargai apa yang kita ada sebelom kita kehilangan semuanya..
cinta datang dan pergi..tapi ayah dan bonda hanyalah seorang dan tiada ganti..

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,kau kasihanilah ayah dan bonda kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil sehingga kini..Amin ya rabbal alamin.."

*hanya kerana ayat yang mak bagi aku tu,sampai ke hari ini aku belum ada calon menantu untuk mak aku..sebab aku takut andai aku ulang silap yang sama.aku cuma berdoa agar suatu hari nanti aku akan jumpa insan yang dapat membimbing aku menjadi anak,isteri,ibu serta khalifah yang terbaik dan diredhai Allah..amin..;)

salam sayang
~syupap~



2 comments:

  1. yea...adakalanya hati lebih merosakkan minda...huhu aku hampir tertewas ditangan cinta...

    ReplyDelete
  2. aku pun..alhamdulillah kita berjaya atasi..semoga kita mampu untuk bertahan menjadi lebih berhati-hati dan tabah..

    ReplyDelete