Friday, September 13, 2013

Salam Jumaat


Assalamualaikum dan Salam Jumaat..
Alhamdulillah,bertemu lagi dengan Jumaat yang barokah..
setiap hari merupakan hari baru buat kita untuk memperbaiki diri serta melaksanakan amanah yang telah kita persetujui sejak kita di alam ROH lagi..ingat ke tidak?

ceewaah..mukadimah dia..ala ustazah gitu..hiks..
sebenaqnya..inilah aku..
kadang aku rasa mcm ada split personality pun ada juga..
sebab kadang tu nakal Nauzubillah..
kadang tu emosi kalah crita hindustan..ahaks..
kalau siapa kenal aku..sure dia kenal la perangai aku yang memang "unpredictable" bak kata Indra.
eh..sapa pulak Indra kan?(rahsia)

baiklah..kenapa orang kata Jumaat ni Penghulu segala hari?
memandangkan aku malas menaip..aku google sket gambaq untuk tatapan kita:


Pada hari Jumaat kita dianjurkan untuk banyak berdoa dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita,iaitu Nabi Muhammad S.A.W..
tak susah pun nak berselawat kan?

dan

doa aku untuk kita semua pada hari ini:


Ameen..Ameen Ya Robbal Alameen..
mudahan termakbul semua impian dan harapan kita.



Buat sahabat yang diuji dengan perpisahan,kepapaan,kekacauan dan sebagainya..
aku doakan semoga Allah mengurniakan kalian ketabahan,ketenangan,kemudahan dan pertolongan.
Yakinlah setiap dugaan dan cabaran itu datang bersama hikmah dan kasih sayang Allah..
"Apa barang nak dapat yang best tapi tak mau ditest"
kata sifoo aku merangkap kaunselor aku.
berbahagialah bila diuji kerana dipenghujungnya ada hadiah menanti..

akhir kata dari aku..
hargai setiap hela nafas dan degup jantung yang masih diberikan..
kerana anugerah itu lah kita masih ada peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri.
pesanan dari ayahbonda aku:
kerana Allah kita hidup,makanya buatlah segalanya kerana Allah sahaja..

sekian dari aku..comey tak ayahbonda aku?


loving both of you is food of my soul.
terima kasih atas semua tunjuk ajar dan segala yang dicurahkan kepadaku..

`CikPuanSyafaf`

Friday, September 6, 2013

Belog yang berkepuk habuk.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hiks..mampus berkepuk belog aku nan satu ni..
kesibukkan dan kebizian menghambat aku ler..
apa lagi..

al-kisah...tersebut lah kisah..
aku yang banyak sibuk dengan hal donia yg sementara..
sebenaqnya banyak nak cerita,tapi aku malas menaip.TITIK.

camne ek nak ubat sakit malas ni..
aduhainya pun..
baiklah..
memandangkan memang dan berkepuk belog aku ni..
aku ada nak bgtau serba sikit saja kenapa aku sibuk!

TARAAAAAA!!!


Comey tak cupcake hasil tangan aku??


Triffle yang jadik feberet adik aku nih..hasil tangan kasaq aku jugak!


My all time favourite!! Choc moist cake weeeyy...


tudiaaaa..berbalang-balang cookies dan kuih tradisional tempahan sepanjang Ramadhan..
ini yang batch ke TIGA tau???


Puding Di Raja yang hanya ada di Pekan Pahang..

haaaaa....apa kata survey..
cheh..banyak ni ja yg buat hang busy nak mampuih tu?

ini hanyalah sebahagian dari hasil kesibukkan aku..
bukan apa,sat lagi kalu...
aku boh banyak-banyak gambaq..
ampa semua terlioq pulak kan?
hiks..

setakat hari ni, aku ada bisnes makanan iaitu:

SYAF DELIGHT
 (untuk cookies,pastry dan cake)
DAPUR NENDA 
(untuk kuih muih tradisional dan masakan halal)

untuk bisnes untuk produk kesihatan dan kecantikan ada juga tau??
(yang ni untuk produk terhangan dipasaran dengan harga mampu milik)
dan
 (yang ni khas untuk produk Worldwellness by Prof Dato' Dr Noordin)

jemput-jemput lah jenguk PAGE aku tu ye?
dan untuk tempahan makanan pun boleh terus hubungi aku..
nak whatsapp/sms pun boleh : 0179827951

baiklah..aku nak kena p tengok student guna makmal aku kejap..satgi meletop makmal aku...naya pulak kan?

salam sayang muah..muah dari aku..

~CikPuanSyafaf~
(upgrade sket walaupun blom kawen..hiks..(>_<)

Thursday, March 28, 2013

Al-kisah gigi yang tiada kesudahan..(RCT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
lama betoi aku dilanda kemalasan kali ni..hik..hik..sebenarnya BANYAK sangat nak cerita..tapi apa kan daya...virus M mengatasi segalanya..ceeewaah..

ada sesiapa penah menerima rawatan "ROOT CANAL TREATMENT" tak?
aku yakin ada sebilangan kecil yang pernah melaluinya..termasuk yang menaip ini..wuhai..
Root Canal Treatment atau ringkasnya RCT adalah rawatan untuk menyelamatkan gigi yang masih elok daripada dicabut..dan perlu dibuat apabila saraf ada infection..mcm tu la yg aku faham..normally kita rasa sakit gigi tapi gig bukan goyang tanda patut dibuang..<-ni apa yg aku faham ye..sbb aku bukan doktor yg boleh explain dari sudut saintifik..hiks..

perjalanan aku menjalani rawatan ini sangatlah panjang dan memeritkan.. apa pun layan kejap gambar yang aku dapat ehsan dari pakcik "google".
yang ni mungkin gigi taring kot..ntah..dulu masa kelas sains asyik main kan..hahaha..tapi yg pic tengah tu..memang ngeri..ada satu jarum siap mcm ada gerudi akan dicucuk dan ditarik berulang kali kedalam gigi (saraf mungkin)..time tu la sakit yang amat sangat...


yang ni pastinya gigi geraham..dan ini yang aku jalani...

SAKIT KE WEY??
ohoi...klau nak digambarkan dgn perkataan..tiada perkataan yang sesuai..sbb tu org kata sakit gigi tu AZAB KECIK..
tapi kecik pun..boleh tahan le azab..aku kena nganga mulut sejam..dan dari hujung tahun 2011 hingga sekarang aku masih dalam rawatan..
walaupun sakit..tapi Doktor yg merawat aku sangatlah lemah lembut dan rasa sakit tu hilang disebabkan kelembutan dia..boleh?nama doktor tu Doktor Fauziah anak kepada Ustaz Ahmad (Ustaz ayahbonda aku)

menurut Dr Fauziah,pada kebiasaannya pesakit hanya perlu datang untuk rawatan hanya 3kali..tapi kes aku sangat pelik..setahun lebih dok ulang alik untuk rawatan dan gigi tersebut masih sakit..Allah sedang bagi aku pengajaran dan pembelajaran..hiks..

nak dijadikan cerita........last treatment baru ni doktor lain yg gantikan Dr Fauziah menggodek gigi aku..suara dah ayu..sekali ganas dah...sakit giler..
oh ya...lupa plak aku nak cerita apa yang dibuat dalam rawatan ni..
aku rasa maybe next entry lah kot..hiks..hiks..

sekarang masa aku tgh taip ni..gigi aku baru je hilang rasa sakit sejak aku tukar ubat gigi..mungkin ianya kebetulan..tapi serius cakap..sebelum ni..nak gigit makanan langsung tak boleh..rasa sakit sampai ke otak..rasa mcm bergoncang otak..dapat bayangkan tak?

moralnya kat sini..jagalah kesihatan gigi anda sebaiknya..sbb sakit gigi tu memang azab wey..rasanya klau masa sakit tu orang cari pasal..sure kena tumbuk sebijik..ni kalau aku la...al-maklumlah...kepanasan kebaranan...huhuhu..
sedang cuba untuk kurangkan..doakan aku jadi insan yang lebih insan ye?

baiklah..setakat ni saja dulu..sebab Tuan Besar sudah panggil..
salam sayang pelok cium..(gedixs)
~CikPuanSyafaf~

Friday, March 22, 2013

::M.A.L.A.S::

aku dilanda penyakit MALAS..
malas nak menulis sampai berhabuk blog aku..
lagipun tahun ni macam busy terlebih..

Monday, November 19, 2012

......

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang dikasihi Allah dan dicintai Nabi..
hari berganti hari..adakah aku masih di sini..menanti pasti..
cewah..ayat tak boleh belah..hik..hik..hik..

dah lama tak menulis dan dah lama tak menjenguk..
2012 bakal melabuhkan tirainya..aku kembali tertanya..
apa yang telah aku capai saat 2013 sedang menggapai..
waaaahh..ayatnya...sudah jadi minah bunga kah aku??

sesungguhnya..2012 menjadikan hati aku lebih lembut..
menjadikan jiwa aku tidak sekental dulu..kenapa begitu??
2012 merupakan tahun ujian dan tahun mengenal hakikat insan..
2012 juga tahun aku mencari makna AKU dan makna kewujudan AKU..
adakah telah aku jumpa AKU itu?jawapannya..aku masih menyelami dan mencari..

permulaan 2012 bukan yang terbaik untuk aku..
namun,di sebalik semua itu..aku belajar sesuatu..
belajar menjadi HAMBA dan mengHAMBAkan diri..
adakah aku sudah berjaya? jawapannya aku masih mencuba..

merenung ke dalam lubuk hati..mengkaji setiap kejadian..
kadang aku rebah..kadang aku gagah..
kadang aku kuat melawan..kadang aku biarkan arus membawa diri aku..
kadang aku ketawa dan terkadang aku menangis persis anak kecil..
kadang aku petah berbicara dan terkadang aku kelu untuk berbahasa..

jika Allah izinkan aku kembali ke masa lalu dan ubah setiap kesilapan aku..
apa agaknya aku akan buat? jika dulu..aku ingin sekali kembali dan mengubahnya..
namun kini..aku yakin yang aku tak mahu ubah satu pun dari apa yang telah terjadi..
kerana dengan setiap apa yang aku buat dulu mengajar aku menjadi apa yang aku jadi sekarang..belajar dari kesilapan dengan tidak mengulanginya..
namun ada juga sikap yang masih kental melekat pada diri ini..aku masih berusaha..
masih gigih mencuba melawan segalanya..

2012 bakal berakhir..apa yang aku kutip sepanjang 2012 ini sangat bermakna..
Allah temukan aku dengan insan-insan hebat..yang tidak pernah menghukum dan menilai siapa aku..insan-insan hebat yang sentiasa memberi dorongan n nasihat dalam perjuangan jihad..thank you Allah..syukur..alhamdulillah..

tahun 2012 merupakan tahun kehilangan bagi aku..bermula dengan kembalinya Arwah Toki kepada penciptanya..diikuti bakal anak-anak saudara aku..ahli keluarga jauh dan dekat..dan yang terbaru..anak yang ku kasihi..Asiah..Tenanglah kalian di sana..berbahagia di samping kekasihmu..semoga kita bertemu di Jannah Allah..

ada juga persahabatan yang terputus dan terbina sepanjang 2012..yang terputus pasti ada hikmahnya..yang terbina pasti ada tujuannya..aku sebagai hamba..menerima segalanya..

hari ini..aku bersyukur..kerana masih punya ayahanda dan bonda..ahli keluarga..sahabat handai dan insan yang agak istimewa..yang sentiasa memberi dorongan..nasihat..teguran..panduan dan segalanya dalam perjalanan jihad ku menjadi hamba yang lebih baik..
Alhamdulillah..syukur..

harapan aku..semoga segalanya dipermudahkan dan segala yang dirancang menjadi kenyataan..semoga Allah meredhai apa yang aku lakukan..
buat sahabat dan saudara yang diuji..yakinlah Allah itu MAHA BERKUASA,MAHA MELIHAT,MAHA MENDENGAR..MAHA MENGETAHUI..DIA memiliki segalanya yang ada di langit dan di bumi serta yang berada di antaranya.. kembalilah kepada fitrahNya..kembali pada Allah..pasti ada jalannya..

~salam sayang~
~syupap~

Thursday, October 18, 2012

2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
nampaknya dah lama sangat aku tak menulis..
semuanya dek kerana kekangan masa,kerja dan kesihatan..

sedar tak sedar lagi dua bulan je kita dah nak melangkah ke 2013..
namun setakat hari ini aku rasa macam-macam sangat benda dah terjadi..
sampai aku dah rasa tak ter handle semuanya..

namun yang masih terkesan adalah kehilangan insan tersayang dan penghinaan seorg yang aku anggap sahabat..

Allah yang MAHA mengetahui apa yang ada dalam hati aku..aku hanya mampu berusaha dan berdoa agar semua yang terlibat dapat bangkit dan berubah..termasuk aku.

next year punya agenda telah aku rancang sebaiknya tahun ni..semoga Allah mentadbir dan  mempermudahkan segala urusan aku..
aameen

Monday, September 10, 2012

::blog yang berHABUK!!::

FUUUUUHHH..FUUUUHH..FUUUUHH...
pergh..berhabuk belog aku yang boloq ni..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
wahai sekalian makhluk..ampa semua sehat kah?
harapnya sehat walepat liat lah..
sebagai mana aku yang semakin "sehat" ini..
hik..hik..hik..

lama dah aku tak jenguk belog aku ni..bukan tak sudi..namun masa mencemburui..
banyak benda yang aku telah buat, sedang buat dan harus buat..
makanya..belog tertinggal..hehehe..

antara yang aku telah buat adalah:
>>cuti sebulan  TANPA GAJI sepanjang Ramadhan
>>berniaga di bazaar ramadhan..(besttttt..carik pengalaman n carik calon)..>_<
>>balik kampung dengan sesuka hati dan yang best..dengan "BELIAU"
>>menjual kukis dan jajan untuk Syawal..(masyyyuuukk)

yang aku sedang buat adalah:
>>menjadi pengedar produk World Wellness Network bg Kedah n Pahang..<<apa tuh??haaaa..nantikan belog aku yang kurang boloq untuk terangkan..
>>mencuba untuk jadi pembantu makmal yang berdedikasi..>_<
>>mencari calon untuk jadi somi..wakaka..
>>mencuba menjadi anak,kakak,adik,spupu dan insan yang lebih cemerlang..woooo..

yang aku harus buat pulak:
>>menjadi HAMBA yang cemerlang!
>>BUAT BLOG YANG TAK BOLOQ <silaaa ajari aku!
>>kerja..kerja..kerja..
>>kawin!!
>>cari duit LEBIH banyak..
>>cari masa n tempat untuk ke MEKAH!

~makanya ini sahaja aku merepek untuk kali ni..kepada sesiapa yang sudi ajar aku camne nak bina belog perniagaan..silahlah komen di sini..aku prefer face to face punya sesi coaching..sbb aku sangat SLOW bab nak faham pembelajaran di alam maya..sebab tak dapat nak tengok sifooooo..tiada kepuasan..wahhh..

akhir kata..salam sayang pelok cium dari aku yang merepek ini..
~syupap~