Friday, September 27, 2013

Jatuh Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
apa khabar?ni hao ma?how are you?

diharap sahabat-sahabat cheq sihat seadanya..
Alhamdulillah..

semangat untuk menulis ni memang mai lip lap..lip lap..
kadang semangat ada..idea pulak kering..
cesnut betul kan?
hikss..

di hari Jumaat yang indah lagi mulia ini..
aku nak share dengan korang tentang cinta baru aku..
apa tuuuuuu?
whoaaaaaaaaa..

ehem..
ehem..

yeay.. ini lah cinta hati baru aku?

EPHYRA dari OCEANLIFE


cinta pandang pertama you alls..
sebenaqnya opismate aku la yang ajak aku pegi mencari..
last-last sekali dengan aku tersangkut..



aku merupakan seorg makhluk Allah yang dikurniakan kulit yang super kering..
letak lotion sekilo pun belum mampu mengurangkan kekeringan tersebut..
orang kata minum air kosong bebanyak..
aku minum smp 3-4liter sehari..
begituuuu lah juga keringnya..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi..
aku bertemu dengan produk ni..
katanya dah lama di pasaran..tapi tak promote besar-besaran..

JOM tengok apa kelebihan Ephyra dari Oceanlife ni.


15 HASIL NYATA dengan EPHYRA
==============================
✔Menganjal dan Melembapkan Kulit.
✔Mencegah jeragat di wajah.
✔Menghilangkan parut jerawat.
✔Mencerahkan Kulit & tona kulit lebih sekata
✔Melindungi dari sinar UV berbahaya.
✔Memulihkan kulit rosak, berparut dan bermasalah.
✔Menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit.
✔Menguatkan dan mencantikkan kuku dan rambut.
✔Mengurangkan sakit radang dan sendi.
✔Menghilangkan Garis Penuaan.
✔Merawat Eczema.
✔Merawat Resdung.
✔Memberi tenaga optimum sepanjang hari.
✔Meningkatkan kualiti tidur.
✔Kandungan antioksidan yang tinggi untuk mencegah penyakit kronik.


hasilnya boleh dilihat dalam masa 7 hari!

ni pulak antara testimoni dan apa kata mereka yang dah mendapat kebaikkan dari EPHYRA




yang ni..siap sekali dengan baby pun gebu gebas


Norman Hakim dan Memey Suhaiza memang pengguna setia Ehyra..



ini jaminan dan hasil dari penggunaan Ephyra.




daaaann..paling penting adalah HALAL dan lulus KKM


aku masih menikmati hasil dari pelaburan dengan produk ni..
memang terbaik dari ladang.

ni antara bahan-bahan yang terdapat dalam EPHYRA.
1. Kolagen Ikan Laut Dalam
• Kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
• Mengembalikan keremajaan kulit anda
• Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
• Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
• Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular
• Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
• Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
• Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
• Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
• Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
• Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
• Memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
• Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
• Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
• Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
• Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
• Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
• Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan

6. Serbuk tomato
• Mengandungi banyak vitamin A dan C
• Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
• Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
• Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
• Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
• Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
• Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
•Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
•Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
• Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
• Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
• Sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.

cakap banyak pun tak gunalah kan?
hahaha..
ampun kan aku kerana kekasaran aku..



Jom ramai-ramai order dan cuba..jangan sampai melepass..stok sangatlah laku keras..keras tau..

sms/whatsapp : 017 9827951
ataupun
layan le page fb ni



akhir kalam..
salam sayang dari aku buat semua
~cikpuansyafaf~



Friday, September 13, 2013

Salam Jumaat


Assalamualaikum dan Salam Jumaat..
Alhamdulillah,bertemu lagi dengan Jumaat yang barokah..
setiap hari merupakan hari baru buat kita untuk memperbaiki diri serta melaksanakan amanah yang telah kita persetujui sejak kita di alam ROH lagi..ingat ke tidak?

ceewaah..mukadimah dia..ala ustazah gitu..hiks..
sebenaqnya..inilah aku..
kadang aku rasa mcm ada split personality pun ada juga..
sebab kadang tu nakal Nauzubillah..
kadang tu emosi kalah crita hindustan..ahaks..
kalau siapa kenal aku..sure dia kenal la perangai aku yang memang "unpredictable" bak kata Indra.
eh..sapa pulak Indra kan?(rahsia)

baiklah..kenapa orang kata Jumaat ni Penghulu segala hari?
memandangkan aku malas menaip..aku google sket gambaq untuk tatapan kita:


Pada hari Jumaat kita dianjurkan untuk banyak berdoa dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita,iaitu Nabi Muhammad S.A.W..
tak susah pun nak berselawat kan?

dan

doa aku untuk kita semua pada hari ini:


Ameen..Ameen Ya Robbal Alameen..
mudahan termakbul semua impian dan harapan kita.



Buat sahabat yang diuji dengan perpisahan,kepapaan,kekacauan dan sebagainya..
aku doakan semoga Allah mengurniakan kalian ketabahan,ketenangan,kemudahan dan pertolongan.
Yakinlah setiap dugaan dan cabaran itu datang bersama hikmah dan kasih sayang Allah..
"Apa barang nak dapat yang best tapi tak mau ditest"
kata sifoo aku merangkap kaunselor aku.
berbahagialah bila diuji kerana dipenghujungnya ada hadiah menanti..

akhir kata dari aku..
hargai setiap hela nafas dan degup jantung yang masih diberikan..
kerana anugerah itu lah kita masih ada peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri.
pesanan dari ayahbonda aku:
kerana Allah kita hidup,makanya buatlah segalanya kerana Allah sahaja..

sekian dari aku..comey tak ayahbonda aku?


loving both of you is food of my soul.
terima kasih atas semua tunjuk ajar dan segala yang dicurahkan kepadaku..

`CikPuanSyafaf`

Friday, September 6, 2013

Belog yang berkepuk habuk.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hiks..mampus berkepuk belog aku nan satu ni..
kesibukkan dan kebizian menghambat aku ler..
apa lagi..

al-kisah...tersebut lah kisah..
aku yang banyak sibuk dengan hal donia yg sementara..
sebenaqnya banyak nak cerita,tapi aku malas menaip.TITIK.

camne ek nak ubat sakit malas ni..
aduhainya pun..
baiklah..
memandangkan memang dan berkepuk belog aku ni..
aku ada nak bgtau serba sikit saja kenapa aku sibuk!

TARAAAAAA!!!


Comey tak cupcake hasil tangan aku??


Triffle yang jadik feberet adik aku nih..hasil tangan kasaq aku jugak!


My all time favourite!! Choc moist cake weeeyy...


tudiaaaa..berbalang-balang cookies dan kuih tradisional tempahan sepanjang Ramadhan..
ini yang batch ke TIGA tau???


Puding Di Raja yang hanya ada di Pekan Pahang..

haaaaa....apa kata survey..
cheh..banyak ni ja yg buat hang busy nak mampuih tu?

ini hanyalah sebahagian dari hasil kesibukkan aku..
bukan apa,sat lagi kalu...
aku boh banyak-banyak gambaq..
ampa semua terlioq pulak kan?
hiks..

setakat hari ni, aku ada bisnes makanan iaitu:

SYAF DELIGHT
 (untuk cookies,pastry dan cake)
DAPUR NENDA 
(untuk kuih muih tradisional dan masakan halal)

untuk bisnes untuk produk kesihatan dan kecantikan ada juga tau??
(yang ni untuk produk terhangan dipasaran dengan harga mampu milik)
dan
 (yang ni khas untuk produk Worldwellness by Prof Dato' Dr Noordin)

jemput-jemput lah jenguk PAGE aku tu ye?
dan untuk tempahan makanan pun boleh terus hubungi aku..
nak whatsapp/sms pun boleh : 0179827951

baiklah..aku nak kena p tengok student guna makmal aku kejap..satgi meletop makmal aku...naya pulak kan?

salam sayang muah..muah dari aku..

~CikPuanSyafaf~
(upgrade sket walaupun blom kawen..hiks..(>_<)

Thursday, March 28, 2013

Al-kisah gigi yang tiada kesudahan..(RCT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
lama betoi aku dilanda kemalasan kali ni..hik..hik..sebenarnya BANYAK sangat nak cerita..tapi apa kan daya...virus M mengatasi segalanya..ceeewaah..

ada sesiapa penah menerima rawatan "ROOT CANAL TREATMENT" tak?
aku yakin ada sebilangan kecil yang pernah melaluinya..termasuk yang menaip ini..wuhai..
Root Canal Treatment atau ringkasnya RCT adalah rawatan untuk menyelamatkan gigi yang masih elok daripada dicabut..dan perlu dibuat apabila saraf ada infection..mcm tu la yg aku faham..normally kita rasa sakit gigi tapi gig bukan goyang tanda patut dibuang..<-ni apa yg aku faham ye..sbb aku bukan doktor yg boleh explain dari sudut saintifik..hiks..

perjalanan aku menjalani rawatan ini sangatlah panjang dan memeritkan.. apa pun layan kejap gambar yang aku dapat ehsan dari pakcik "google".
yang ni mungkin gigi taring kot..ntah..dulu masa kelas sains asyik main kan..hahaha..tapi yg pic tengah tu..memang ngeri..ada satu jarum siap mcm ada gerudi akan dicucuk dan ditarik berulang kali kedalam gigi (saraf mungkin)..time tu la sakit yang amat sangat...


yang ni pastinya gigi geraham..dan ini yang aku jalani...

SAKIT KE WEY??
ohoi...klau nak digambarkan dgn perkataan..tiada perkataan yang sesuai..sbb tu org kata sakit gigi tu AZAB KECIK..
tapi kecik pun..boleh tahan le azab..aku kena nganga mulut sejam..dan dari hujung tahun 2011 hingga sekarang aku masih dalam rawatan..
walaupun sakit..tapi Doktor yg merawat aku sangatlah lemah lembut dan rasa sakit tu hilang disebabkan kelembutan dia..boleh?nama doktor tu Doktor Fauziah anak kepada Ustaz Ahmad (Ustaz ayahbonda aku)

menurut Dr Fauziah,pada kebiasaannya pesakit hanya perlu datang untuk rawatan hanya 3kali..tapi kes aku sangat pelik..setahun lebih dok ulang alik untuk rawatan dan gigi tersebut masih sakit..Allah sedang bagi aku pengajaran dan pembelajaran..hiks..

nak dijadikan cerita........last treatment baru ni doktor lain yg gantikan Dr Fauziah menggodek gigi aku..suara dah ayu..sekali ganas dah...sakit giler..
oh ya...lupa plak aku nak cerita apa yang dibuat dalam rawatan ni..
aku rasa maybe next entry lah kot..hiks..hiks..

sekarang masa aku tgh taip ni..gigi aku baru je hilang rasa sakit sejak aku tukar ubat gigi..mungkin ianya kebetulan..tapi serius cakap..sebelum ni..nak gigit makanan langsung tak boleh..rasa sakit sampai ke otak..rasa mcm bergoncang otak..dapat bayangkan tak?

moralnya kat sini..jagalah kesihatan gigi anda sebaiknya..sbb sakit gigi tu memang azab wey..rasanya klau masa sakit tu orang cari pasal..sure kena tumbuk sebijik..ni kalau aku la...al-maklumlah...kepanasan kebaranan...huhuhu..
sedang cuba untuk kurangkan..doakan aku jadi insan yang lebih insan ye?

baiklah..setakat ni saja dulu..sebab Tuan Besar sudah panggil..
salam sayang pelok cium..(gedixs)
~CikPuanSyafaf~

Friday, March 22, 2013

::M.A.L.A.S::

aku dilanda penyakit MALAS..
malas nak menulis sampai berhabuk blog aku..
lagipun tahun ni macam busy terlebih..

Monday, November 19, 2012

......

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang dikasihi Allah dan dicintai Nabi..
hari berganti hari..adakah aku masih di sini..menanti pasti..
cewah..ayat tak boleh belah..hik..hik..hik..

dah lama tak menulis dan dah lama tak menjenguk..
2012 bakal melabuhkan tirainya..aku kembali tertanya..
apa yang telah aku capai saat 2013 sedang menggapai..
waaaahh..ayatnya...sudah jadi minah bunga kah aku??

sesungguhnya..2012 menjadikan hati aku lebih lembut..
menjadikan jiwa aku tidak sekental dulu..kenapa begitu??
2012 merupakan tahun ujian dan tahun mengenal hakikat insan..
2012 juga tahun aku mencari makna AKU dan makna kewujudan AKU..
adakah telah aku jumpa AKU itu?jawapannya..aku masih menyelami dan mencari..

permulaan 2012 bukan yang terbaik untuk aku..
namun,di sebalik semua itu..aku belajar sesuatu..
belajar menjadi HAMBA dan mengHAMBAkan diri..
adakah aku sudah berjaya? jawapannya aku masih mencuba..

merenung ke dalam lubuk hati..mengkaji setiap kejadian..
kadang aku rebah..kadang aku gagah..
kadang aku kuat melawan..kadang aku biarkan arus membawa diri aku..
kadang aku ketawa dan terkadang aku menangis persis anak kecil..
kadang aku petah berbicara dan terkadang aku kelu untuk berbahasa..

jika Allah izinkan aku kembali ke masa lalu dan ubah setiap kesilapan aku..
apa agaknya aku akan buat? jika dulu..aku ingin sekali kembali dan mengubahnya..
namun kini..aku yakin yang aku tak mahu ubah satu pun dari apa yang telah terjadi..
kerana dengan setiap apa yang aku buat dulu mengajar aku menjadi apa yang aku jadi sekarang..belajar dari kesilapan dengan tidak mengulanginya..
namun ada juga sikap yang masih kental melekat pada diri ini..aku masih berusaha..
masih gigih mencuba melawan segalanya..

2012 bakal berakhir..apa yang aku kutip sepanjang 2012 ini sangat bermakna..
Allah temukan aku dengan insan-insan hebat..yang tidak pernah menghukum dan menilai siapa aku..insan-insan hebat yang sentiasa memberi dorongan n nasihat dalam perjuangan jihad..thank you Allah..syukur..alhamdulillah..

tahun 2012 merupakan tahun kehilangan bagi aku..bermula dengan kembalinya Arwah Toki kepada penciptanya..diikuti bakal anak-anak saudara aku..ahli keluarga jauh dan dekat..dan yang terbaru..anak yang ku kasihi..Asiah..Tenanglah kalian di sana..berbahagia di samping kekasihmu..semoga kita bertemu di Jannah Allah..

ada juga persahabatan yang terputus dan terbina sepanjang 2012..yang terputus pasti ada hikmahnya..yang terbina pasti ada tujuannya..aku sebagai hamba..menerima segalanya..

hari ini..aku bersyukur..kerana masih punya ayahanda dan bonda..ahli keluarga..sahabat handai dan insan yang agak istimewa..yang sentiasa memberi dorongan..nasihat..teguran..panduan dan segalanya dalam perjalanan jihad ku menjadi hamba yang lebih baik..
Alhamdulillah..syukur..

harapan aku..semoga segalanya dipermudahkan dan segala yang dirancang menjadi kenyataan..semoga Allah meredhai apa yang aku lakukan..
buat sahabat dan saudara yang diuji..yakinlah Allah itu MAHA BERKUASA,MAHA MELIHAT,MAHA MENDENGAR..MAHA MENGETAHUI..DIA memiliki segalanya yang ada di langit dan di bumi serta yang berada di antaranya.. kembalilah kepada fitrahNya..kembali pada Allah..pasti ada jalannya..

~salam sayang~
~syupap~

Thursday, October 18, 2012

2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
nampaknya dah lama sangat aku tak menulis..
semuanya dek kerana kekangan masa,kerja dan kesihatan..

sedar tak sedar lagi dua bulan je kita dah nak melangkah ke 2013..
namun setakat hari ini aku rasa macam-macam sangat benda dah terjadi..
sampai aku dah rasa tak ter handle semuanya..

namun yang masih terkesan adalah kehilangan insan tersayang dan penghinaan seorg yang aku anggap sahabat..

Allah yang MAHA mengetahui apa yang ada dalam hati aku..aku hanya mampu berusaha dan berdoa agar semua yang terlibat dapat bangkit dan berubah..termasuk aku.

next year punya agenda telah aku rancang sebaiknya tahun ni..semoga Allah mentadbir dan  mempermudahkan segala urusan aku..
aameen

Monday, September 10, 2012

::blog yang berHABUK!!::

FUUUUUHHH..FUUUUHH..FUUUUHH...
pergh..berhabuk belog aku yang boloq ni..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
wahai sekalian makhluk..ampa semua sehat kah?
harapnya sehat walepat liat lah..
sebagai mana aku yang semakin "sehat" ini..
hik..hik..hik..

lama dah aku tak jenguk belog aku ni..bukan tak sudi..namun masa mencemburui..
banyak benda yang aku telah buat, sedang buat dan harus buat..
makanya..belog tertinggal..hehehe..

antara yang aku telah buat adalah:
>>cuti sebulan  TANPA GAJI sepanjang Ramadhan
>>berniaga di bazaar ramadhan..(besttttt..carik pengalaman n carik calon)..>_<
>>balik kampung dengan sesuka hati dan yang best..dengan "BELIAU"
>>menjual kukis dan jajan untuk Syawal..(masyyyuuukk)

yang aku sedang buat adalah:
>>menjadi pengedar produk World Wellness Network bg Kedah n Pahang..<<apa tuh??haaaa..nantikan belog aku yang kurang boloq untuk terangkan..
>>mencuba untuk jadi pembantu makmal yang berdedikasi..>_<
>>mencari calon untuk jadi somi..wakaka..
>>mencuba menjadi anak,kakak,adik,spupu dan insan yang lebih cemerlang..woooo..

yang aku harus buat pulak:
>>menjadi HAMBA yang cemerlang!
>>BUAT BLOG YANG TAK BOLOQ <silaaa ajari aku!
>>kerja..kerja..kerja..
>>kawin!!
>>cari duit LEBIH banyak..
>>cari masa n tempat untuk ke MEKAH!

~makanya ini sahaja aku merepek untuk kali ni..kepada sesiapa yang sudi ajar aku camne nak bina belog perniagaan..silahlah komen di sini..aku prefer face to face punya sesi coaching..sbb aku sangat SLOW bab nak faham pembelajaran di alam maya..sebab tak dapat nak tengok sifooooo..tiada kepuasan..wahhh..

akhir kata..salam sayang pelok cium dari aku yang merepek ini..
~syupap~


Monday, June 25, 2012

Life Coaching Klinik Sukses..:Promote sikit..;)

Assalamualaikum dan Salam sejantera.
semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Ilahi.
hari ini..aku nak promote sikit apa yang best aku lalui sabtu lepas..

apa yang aku lalui sabtu lepas adalah kembara ilmu yang sangat superb..
MasyaAllah..Maha Suci Allah..
Syukur tak terhingga kerana Allah telah mempertemukan aku dengan insan hebat ini..


siapakah beliau??jeng..jeng..jeng..
ini adalah MENTOR aku..namanya NORANIZA ANWAR..
aku panggil Kak Aniz je..sweet orangnya..
beliau adalah seorang kaunselor..
kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah melawat facebook beliau.

apa yang aku nak promote ni?dok promote orang pulak kan?
he..he..he..maafkan saya..
baiklah..sabtu lepas yang indah dan damai itu dipenuhi dengan seminar
"LIFE COACHING KLINIK SUCCESS"

aku sangat mengesyorkan pada sahabat yang punya masalah yang dah lama disimpan untuk MENGHADIRKAN diri ke klinik ini..
ni bukan sebarang klinik tau..bukan klinik motivasi sahaja..
kerana dalam klinik ini menekankan isu berkaitan:
ILLNESS, WELLNESS dan SUCCESS..
sebelum success kita kena la rawat diri..
dalaman serta luaran..
antara yang dikongsi bersama kami adalah:
*rahsia garis masa hidup
*rahsia teknik EFT
*rahsia TAHAJJUD
*rahsia ISTIKARAH
*rahsia SOLAT TAUBAT..
uish..banyak lah lagi rahsia nya..
kalau nak tau..syaratnya mudah..
KENA HADIRKAN DIRI..
hubungi Puan Aniz di FB dan WEBSITE beliau..
insya'allah kalian akan jumpa keindahan disebalik perkongsian dari beliau..

sini aku share sikit la gambar-gambar semasa klinik tersebut..

ni sesi pengukuran aura sebelom sesi EFT berjalan..kuncup saja aura aku..ni la tanda banyak pendaman perasaan telah terjadi

 ni pula selepas sesi EFT..kalau kembang maknanya bagus..lagi kembang lagi bagus..

ini adalah tapping point yang pertama.. 

 semasa sesi berlangsung..indahnya penerokaan ini..hanya Allah yang Maha Mengetahui..



ini lah antara sahabat dan kenalan yang sama-sama meneroka keindahan LIFE COACHING bersama insan hebat itu..

"semoga kita terus SUKSES dan dapat mebantu insan lain menjadi lebih SUKSES.."
semoga JIHAD kita diberkati dan diredhai Allah..

~syupap~



Thursday, June 21, 2012

=.="

hari yang paling blurr buat aku adalah hari ini..
mungkin seni bukan untuk jiwa aku..
nak edit gambar untuk page aku pun aku give up..
sapa boleh tolong aku!!

hari ini juga aku berhenti masa lampu hijau..
bagi signal di tempat yang tak ada simpang..
nak menulis pun asyik silap taip..

apa dah jadi??

~syupap~

Friday, June 15, 2012

Fikirkan Sejenak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Diharap agar semuanya baik-baik sahaja.

"Angah,berapa lama angah kenal ***?lebih lama dari kenal mak dan ayah kah?sampaikan angah lebih dengar apa yang *** nasihat dari mak dan ayah?"(kata bonda pada aku Disember 2010)

hah..agaknya apa isunya kan?sampai macam tu?
saat mak aku tanya soalan tu,terasa bergegar otak dan terasa terlucut seketika jantung aku..kronik atau tak..nilaikan sendiri..
tapi dalam entry ini..bukan kisah aku yang akan aku perkatakan..cuma kesimpulan dari apa yang mak aku cakap.sebabnya,tak guna aku buka kisah lama disebalik ayat itu..

sampai ke hari ini,ayat ini lah yang akan aku ulang andai ada orang bertanya aku pendapat mengenai hal cintan cintun..kenapa ya?hal ini kerana kisahnya memang dari bab cinta..pengajaran yang aku dapat..memang menggegarkan emosi aku.namun aku tak mengalah dan tak kan kalah.

dewasa ini..(ceewaahh..ayat..tak boleh blah..)aku tengok banyak sangat masalah berkaitan cinta berlegar disekeliling aku..ada yang baru menemui cinta dan ditinggalkan cinta..ada yang masih mencari cinta,ada yang tak pasti dengan cinta.cinta bukanlah benda yang tak elok..tapi jadi tidak elok bila demi cinta kau abaikan semuanya..

janganlah sampai kerana cinta kita kepada pasangan buat kita lupa tanggungjawab kita sebagai anak..jangan sampai kita rasa dunia ni dah berakhir sedangkan emak dan ayah masih ada..macam ayat mak aku bagi pada aku tu lah.fikirkan,hebat sangat kah si dia sehingga kau tak sanggup hidup walau sehari tanpa dia sedangkan kau boleh hidup berhari-hari tanpa ayah dan bonda..kau juga mampu tak fikir tentang ayah dan bonda tetapi kau tak mampu untuk tidak fikir tentang si dia walau sehari..

aku juga pernah jadi begitu suatu masa dulu..tapi selepas mak aku menggegarkan otak aku,baru aku sedar..aku boleh kenal dan jumpa dan cintakan 1000 lelaki sekalipun..namun tiada siapa antara mereka yang mampu menggantikan jasa dan pengorbanan serta tanggungjawab ayah dan bonda yang ada seorang saja di dunia ni.

setiap hari aku berharap yang tiada siapa akan ulang silap aku..namun aku lihat,makin ramai yang lupa siapa ayah dan bonda saat mereka bertemu cinta..jangan lah bila si dia cakap:
terus kalian lupa rumput yang kalian pijak selama ini..sedarlah kalian,andai si dia tak mengotakan janji atau jodoh kalian pendek, ayah dan bonda lah tempat kalian pulang..fikirkan lah apa yg aku cakap.kerana,aku bercakap berdasarkan apa yang aku dah lalui..



aku mohon agar sahabat-sahabat aku serta kenalan aku agar renung kembali apa yang aku tulis..fikirkanlah,dimana kita jika tiada ayah dan bonda yang Allah telah pinjamkan kepada kita..belajarlah menghargai apa yang kita ada sebelom kita kehilangan semuanya..
cinta datang dan pergi..tapi ayah dan bonda hanyalah seorang dan tiada ganti..

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,kau kasihanilah ayah dan bonda kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil sehingga kini..Amin ya rabbal alamin.."

*hanya kerana ayat yang mak bagi aku tu,sampai ke hari ini aku belum ada calon menantu untuk mak aku..sebab aku takut andai aku ulang silap yang sama.aku cuma berdoa agar suatu hari nanti aku akan jumpa insan yang dapat membimbing aku menjadi anak,isteri,ibu serta khalifah yang terbaik dan diredhai Allah..amin..;)

salam sayang
~syupap~



Tuesday, June 5, 2012

Menjelang 100hari tanpa beliau..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
pejam celik..pejam celik..pejam lagi dan celik lagi..
rupanya sudah hampir 100 hari beliau meninggalkan aku..
masih terasa baru dan terasa seakan tak percaya..
seperti masih dapat melihat beliau duduk di kerusi rotan beliau..
sambil memandang ke luar rumah melalui pintu yang sentiasa dibuka..
seperti aku masih dapat melihat beliau berjalan terbongkok-bongkok..
masih terdengar seretan kaki beliau diatas lantai papan rumah..
masih terdengar suara beliau bertanya itu dan ini..begitu dan begini..

terasa rindu mendengar gelak tawa beliau..
terasa rindu mendengar celoteh beliau yang kadangkala diulang berkali-kali..
rindukan bebelan beliau mengenai anak-anak serta jiran tetangga..
rindu melihat beliau makan ketam dengan penuh selera..mengutip udang untuk diratah..
sesungguhnya aku rindu segalanya berkaitan dengan beliau..

kehidupan selepas ketiadaan beliau terasa amat sukar dan berat..
banyak perkara yang berubah..mungkin kerana impak yang besar itu..
atau mungkin masing-masing masih punya rasa ralat dan sedih..
hilanglah tunggak keluarga yang menyatukan semua..

Ramadhan yang kian hampir makin buat jiwa aku pedih dan rindu..
tiada lagi orang yang akan bertanya mahu makan apa untuk berbuka da bersahur.
tiada lagi orang yang akan kejutkan kami sambil menghempas pintu bilik (sbb kalut)
tiada lagi orang yang akan kalut cari radio untuk dengar azan..
tiada lagi orang yang akan tolong kami sibuk buat kueh raya..

Syawal nanti mungkin akan berubah wajahnya..
kehilangan pasangan beliau 10tahun dulu juga sudah merubah wajah Syawal kami..
inikan pula bila kehilangan beliau..tiada lah tempat untuk kami bergurau senda..

Toki,
walaupun toki dah tak ada,sy tetap sayang toki..
orang tetap rindu toki..
pertemuan terakhir kita mungkin terlalu singkat..
namun sy akan tetap akan sematkan sebagai kenangan yang terindah..
sebabnya toki makan semua makana yang sy bagi..
sy masih ingt senyuman toki pada hari terakhir kita jumpa..
sy baring sebelah toki..bersembang..bergurau senda..

Toki,
Semoga toki gembira dan senang berada disisi penciptaMu..
semoga kita akan bertemu suatu hari nanti..
sayang selalu..
Al-Fatihah..

gambar terakhir dihari terakhir kita bertemu saat dirimu masih bernyawa..
ku simpan dan ku semat dalam ingatan dan hatiku..
Al-Fatihah..

~syupap~


Monday, June 4, 2012

Underestimate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
semoga kita semua sehat hendakNya..

Underestimate..
hurm..


Wednesday, May 30, 2012

Respect..Hormat..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
fuhhh..tengok tajuk..macam berat..
tapi hakikatnya saja diberatkan..

Respect..Respect..Respect..
hanya tu yang aku mampu cakap sekarang..
kadang-kadang aku pening dengan sesetengah makhluk yang TIDAK faham maksud RESPECT!!
susah sangat ke nak faham maksud RESPECT dan HORMAT!!

apa aku ni??tak masuk bab isi lagi ni..
aku da bebel panjang..
huk..huk..huk..

baiklah..mari kita masuk bab isi dan kulit..
RESPECT ni sangat lah luas bidang kuasanya..
ceeeewaaahhh..
arini aku nak ghoyak bab HORMAT dalam perhubungan..

dalam relationship..rasa hormat adalah penting..
aku just nak bagi nasihat buat para gadis atau para jejaka yang bercinta bagai nak rak tu..
tolong RESPECT sahabat dan orang sekeliling pasangan anda tu..
bukan suruh tabik hormat..cuma TOLONG elakkan ganggu sahabat,kawan atau saudara mara atau jiran pasangan anda..

aku da naik muak bila para gadis dok add aku kt Fb,msg aku kt fb semata-mata nak tanya mana pakwe depa semua hilang la..awat dia senyap la..
bla..bla..bla..bla..
apa ke hal aku plak yang jadi kaunter pertanyaan..
adakah sebab aku dok lepak dengan jejaka yg korg fikir adalah pakwe korg??
pastu korang tanya plak..
"nape dia boleh keluar n lepak dgn awk tapi takde masa untuk sy??"
"nape dia boleh jwb call awk tapi xjawab call sy??"
"tolong sy..boleh sy nak tau psl si polan bin polan.."
"nape dia begitu..nape dia begini.."
pastu meroyan kt fb n msg..gila!!

heeelllllooooo!!!!!!!!!!
aku bukan kaunter pertanyaan tau..bukan juga badan atau rumah kebajikan yg dok jaga dia..
sebelom korg tanya aku soklan yang minta kaki tu..
penah tak korang tanya benda ni kt jejaka korg tu..
"syg..Syafaf tu sapa??"
"da lama ke kenal Syafaf tu??"
"syg ada pape ke dgn Syafaf tu??"
**bluekk,,nak muntah hijau aku..

aku memohon kepada gadis-gadis tersebut..tolong tanya soklan kt atas ni pada pakwe korg..
seblom tanya soklan kt aku..
tapi kan..penah tak korg terfikir yang pakwe korg tu TAK SUKA korg buat mcmtu..
ntah-ntah dia baru je nak uji kesabaran anda..trus FAILED..
muahahaha..
jangan salahkan aku lah klau pakwe korg terus ignore korg lepas tu..
bagi aku..dari korg dok attack aku..baik korg suh pakwe korg kenalkn korg kt aku..
sure-sure kita boleh jd friend n ntah-ntah aku siap boleh bg tips nak pikat hati pakwe korg tu..
klau da kena reject sapa yg rugi??
korg gak..bukan aku pn..sbb aku still kwn dgn pakwe korg..

so,next time..think before u act..
hormati persahabatan aku dgn pakwe korg..
hormati masa berharga pakwe-pakwe korg dgn sahabat-sahabat dia..
sbb belom tentu dia jmp sahabat dia hari-hari kan?

korang berhak rasa cemburu sbb sahabat pakwe korg perempuan..
tp dari korg marah-marah..baik korg jadi kawan..
bagi aku..aku lagi suka bila sahabat aku ada awek..
boleh jaga dia..boleh share rasa suka dan duka dia..
boleh tolong apa yg patut..
sbb klau tunggu aku nak tolong dan dengar sokmo..
mmg tak mungkin lah..
lagipn aku bukan dok sama negeri dengan sahabat aku..

>>moralnya..cemburu buta dan kurang rasa hormat boleh buat korg hilang pakwe korg..tak payah nak meroyan sangat..sebab dia bukan suami korg lg..
slow n steady je bergerak..jgn gelojoh..



INFO:
Persahabtan platonik ni boleh didefinasikan sebagai persahabatan antara lelaki dan perempuan tanpa wujud sebarang persaaanyang membawa kepada keinginan nafsu syahwat (kiranya bestfriend tanpa ada persaan cinta) sayang mungkin ada ^_^



**maaf..aku agak teremosi sepanjang menulis harini..
aku kadang-kadang pelik..
tak boleh ke respect pasangan korg..
serius aku cakap..aku naik muak dgn sikap sesetengah makhluk yg mcm ni..
aku dgn pakwe korang tu da kawan since form 4 tau..
sekarang umor pakwe korg da berapa tahun??
bukan baru kenal dia lepas korang kenal dia..
please jangan buat pakwe korg yg muak dengan korg..


love
~syupap~

Tuesday, April 24, 2012

Rindu yg tak terucap..:'(

Pernah x korg rasa rindu yg sgt2..sampai buat korg nanges?..
mesti pernahkn?rasa rindu yg xtau nk ungkapkn mcmana..
tp malang rindu tu xdpt nk dilepaskn pd yg berkenaan..
sedey..:'(

org yg aku paling rindu saat ni adalah org yg dudok plg tgh..
xterungkap rasa rindu ni..
dr semlm air mata ni m'hambur keluar mcm air terjun..
xtau nape rindu ni bagaikan xbertepi..
kesian kwn aku kena dgr aku nanges bagai nak rak ni..
huwahuwahuwahuwa..

nape aku rindu insan istimewa itu?
hakikatnya dia adalah toki aku..
atok sebelah ayah aku..
beliau adalah antara insan2 yg plg aku syg..
cuma aku xpandai nk ucap syg aku tu pd beliau..
sehinggalah..saat2 genting..di mana kluarga kami diuji Allah..

sesungguhnya ujian Allah tu tanda Dia sygkn kita..
ni le insan kesayangan aku masa ari first warded..
masa ni..aku sgt2 takut kehilangan beliau..
aku rasa separuh jiwaku pergi bila tgk dia mcm ni..

sesungguhnya Allah tu sebaik-baik perancang..
ni last pic n last aku jmp beliau..
last yg btoi2 last..after bg mkn apa yg beliau nk..
aku tanya siapa yg plg beliau rindu..
adakah aku..dan beliau hanya menggangguk sambil senyum..
aku rasa bahagia sesaat..

harini..beliau da btoi2 xde..dan aku..
masih merindu beliau..
xredha kah aku?
mcm2 persoalan yg ada..
tp hati aku ada rasa rindu yg sgt2 tebal..
masih terbayang saat2 terakhir kami..
bergurau senda sambil mkn bubur n whipped potato KFC..
aku baring sebelah beliau smbl b'gelak ketawa kt hospital..

Oh Tuhan..tabahkn hati hambaMu ini..
dr saat mula tajuk ni ku taip..
air mata aku blom berhenti mengalir..
mengalir deras n kenangan kami bersama terlayar di mata n benak aku..

harini da 56hari beliau pergi bertemu kekasih hati beliau..
pergi tinggalkn aku yg masih perlukn kasih sayang beliau..
Ramadhan dan Syawal yg bakal tiba pasti akn berubah suasananya..
mampukah aku hadapi semua ini..
hanya pada Allah aku berserah..
smoga berikan aku secebis kekuatan dan ketabahan..

"apah yg toki n toki kena kuat..org syg sgt2.."
hanya ni kata2 terakhir aku semasa hayat beliau masih ada..

ok..aku da xbenti nanges n aku nk brenti seblom mata aku sepet trus..

*smoga beliau ditempatkn di kalangan org yg beriman dan semoga beliau berbahagia disamping kekasihnya dan ahli keluarga yg lain..
smoga kita berjumpa lg..

Al-Fatihah
~syupap~



Tuesday, April 10, 2012

iCreative (siaran tertunda)

 Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera kepada semua...
kenapa ada *(siaran tertunda) ek?
haaaaa..mmg tertunda lama..sbb aku mengalami sindrom patah hati..;)

tersebut la al-kisssaaaahhhh...pada 27hb februari 2012,aku telah travel ke Nogori Sembilan..
buek apa den kek sano?
haaaaa...den kono poei kursu yg dibeghi namo iCreative..
apakejadahnya tu??

hik..hik..hik..sebonarnyo..den pn xsure kursus apo yg den kono attend ni..den poei ja..
mengikut surat yg den dapek,mcm best..ada melukis,mewarno..pendek kato,mcm2 la..
den poei check in kt Permaisuri Resort Port Dickson..
tp sebenarnya aku x attend hbs kursus sbb aku mengalami saat kehilangan

*jom checkidaut pic yg smpt aku snap..^_^
 ni la bilik den kek resort tu..den gilo kuaso..sbb tu den amek master bedroom..
adeh..xreti nok kecek nogori sgt..
aku campoq2 la noh..harap ampa suma phm la kn??
kita kn 1malaysia...>_<
 ni plak view luar dr bilik aku..seaview tu..tetiba mood bercuti mai..
hik..hik..hik..

*jom kita tgk pe aktiviti stakat yg aku attend kursus ni la......
 malam first kami tajuk klas "imagine cooking"
kena melukis bahan2 utk melukis..ni le udang hasil tangan aku yg xkreatif..huk..huk..
 ni lukisan dari ahli kumpulan kami..kumpulan 1..
kami masak megi kari special..

*hari kedua
kami diberi sehelai kertas yg ada bentuk segitiga,segi empat n bulat..kena guna kreativiti utk lukis jd apa sj..
aku yg mmg xpandai lukis ni hanya mampu lukis bnda ni..huduh kn??
 



 kt atas ni suma adalah hasil kreativiti perserta..kreatif kn??aku rasa malu nk letak lukisan aku kt wall tu..
*_*

 tghr tu sempat le aku n kwn aku yg 2org ni p amek angin laut..yg kiri tu zu n yg kanan tu madi..
sweet sgt diorg ni..

*aktiviti petang..^_^
kami diberi playdoh n diminta bina miniature mengikut tema yg dipilih..
fun kn??masa tu teringat zaman kanak2..
 ni sebahagian dr ahli group aku..kami kena buat zooo..amek kau..

 zoo kami..ada buaya..ada ostrich,ular,gajah..
 
 ni serba sikit pic tema playdoh kami pada petang tu...




 sgt creative tau peserta kursus ni..aku plak..mmg bnyk main je laaaaaaa....>_<

*after main playdoh ada outdoor akitiviti..aku xmain..sbb takut bola...
ahahahahaha...
 yg lelaki main bola sepak pantai..yg wanita main bola tampar..xde pic main bola tampar sbb aku dok larik dr bola..cis..malu btoi..
ni pic geng2 wanita kena denda..sbb kalah..hek..hek..hek..

**da habis da...hari ketiga n keempat ada bnyk ag aktiviti..tp xdapek den nk join sbb....


tu saja dari aku yg rajin sket arini...
~syupap~